Monday, August 11, 2014

TRAGEDI RAMADHAN




  Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tahun ini tahun pertama sy merasai berpuasa di sarawak dan sy perlu menghadapinya laga dua siri ramadhan.Hal ini kerana saya melanjutkan pelejaran di universiti.Suasana berpuasa di sarawak amat berbeza dengan suasana berpuasa di kampung halaman walaupun ada yg menarik ketika berpuasa di sarawak, bak kata pepatah "hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri baik negeri sendiri".Oleh itu, sy tidak dapat merasai saat-saat berbuka,bersahur dan pergi terawih bersama-sama keluarga tercinta.Selain itu, sy tidak dapat merasai masakan ibu di bulan ramadhan.Makanan dkt sini juga agak mahal berbanding di kampung dan agak susah untuk makan makanan tradisional yg sepeti mana sy dapat makan di kampung halaman.Walaupun begitu,berpuasa di sarawak tidak terasa penatnya kerana waktu di berbuka di sarawak lebih awl berbanding di kampung halaman di semenanjung malaysia.
 
  Tragedi yg sy maksudkan itu ialah sy tidak dapat merasai berpuasa di kampung bersama keluarga tercinta walaupun sehari.Hal ini kerana flight sy untuk pulang ke kampung lebih awal terpaksa dibatalkan kerana mempunyai masalah kemasukan wang ke syarikat penerbangan.Hal ini menyebabkan sy perlu membeli tiket flight yg lain untuk pulang ke kampung.Dengan wang sy ada,sy hanya mampu membeli tiket flight yg bertarikh pada pagi hari raya."Sudah jatuh lagi di timpa tangga",flight pada pagi raya itu terpaksa di tunda kerana cuaca tidak mengizinkan.Ini menyebabkan sy sampai ke kampung halaman lewat petang hari raya,yg mana sepatutnya sampai lebih awal..Sekian ...ASSALAMUALAIKUM......



No comments:

Post a Comment