Sunday, August 10, 2014

PERTANIAN SEBAGAI SUATU PERNIAGAAN


                                                       PROJEK KAMBING BIRI-BIRI

    Pertanian sebagai satu perniagaan ialah aktivi  penjualan, pembelian dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan yg maksimum.Sebagai contoh adalah ternakan kambing biri-biri.
    Kambing biri-biri di malaysia mempunyai dua jenis baka, iaitu baka tempatan (Malin) dan jenis eksotik (asal dari luar negara).Daripada baka tempatan, ia terbahagi kpd dua jenis iaitu satu jenis yg berbulu lembut dan halus dan bertelinga kecil,manakala satu jenis lagi pula jenis berbulu kasar dan keras dan bertelinga besar dan kedua-dua jenis baka ini berasal drpd kelentan.Manakala drpd jenis baka esotik pula terbahagi kpd enam iaitu Dorset, Wiltshire, Romney, Suffolk, Corriedale, Border Leicester.
     Permintaan daging biri-biri menjadi tinggi apabila tiba 
musim perayaan,lebih-lebih lagi hari raya aidil adha.Hal ini 
kerana biri-biri boleh di jadikan korban.Selain dijadikan 
korban di hari raya aidil adha, biri-biri boleh dijadikan 
sebagai akikah dan disembelih pd kenduri.Tempoh untuk
biri-biri cukup umur lebih singkat iaitu satu tahun berbanding
dengan kambing. 
    Kebanyakan penternak biri-biri di malaysia lebih gemar untuk menternak biri-biri daripada jenis tempatan kerana ia telah menyesuaikan diri di kawasan tempatan dan biri-biri ini juga tahan kpd penyakit tetapi pertumbuhannya kurang efektif.Oleh itu, biri-biri drpd jenis baka import pula yg boleh diplih oleh penternak untuk di ternak ialah dari jenis baka Polled Dorset yg mampu menyesuaikan diri di ladang getah dan sawit bagi menggantikan biri-biri tempatan untuk di jadikan sebagai ternakan komersial.
    Bagi menjayakan penternakan itu sebagai satu perniagaan,ia perlu mengikut langkah-langkah prinsip pengurusan ladang mengikut urutan.
  Langkah-langkahnya ialah :
  1. Perancangan : Satu cara yg sistematik untuk menentukan terlebih dahulu tindakan yg akan diambil pada  satu-satu jangkamasa yg ditntukan.Sebagai contoh,penternak perlu mencari baka biri-biri yg toleran terhadap persekitaran dan resisten terhadap penyakit sebagai contoh penternak boleh memilih baka biri-biri dari baka Polled Dorset kerana ia dapat menesuaikan diri di persekitaran di malaysia. selain itu, penternak perlu membuat anggaran perbelanjaan.                                                                                                  
  2. Pelaksanaan : Proses mengaplikasi aktiviti yg tlh dirancang.Sebagai contoh, penternak membeli dan menternak biri-biri dari baka yg berpotensi untuk di komersilkan.
     3.   Pengawalan : Proses memastikan sumber pengeluaran dan aktiviti dirancang serta diguna secara                    cekap.Contohnya, menjaga ternakan dengan mengambil kira dari aspek faktor yg mempengaruhi                  tumbesaran dan pengeluaran ternakan seperti perlekuan semasa meragut,pengambilan                                    makanan,peneluaran hasil dan pembiakan.

      4.  Penilaian : Proses mengkaji status sesuatu projek sebelum dan selepas sesuatu  bidang usaha                        dijalankan.Contohnya,ia dapat dibuat dengan tiga cara, iaitu analisis pengeluaran,analisis kecekapan              penggunaan sumber dan analisis data belanjawan berdanding data sebenar.

No comments:

Post a Comment